Saturday 3 November 2012

Gambaran Hari Kiamat

<3 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluru makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas tu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
<3 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini? Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNYA sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal hidup, tidak mati.
<3 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s dihidupkan,seterunya meniut sangkakala untuk kali ke 2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas muka bumi putih seperti padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
<3 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang di sebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
<3 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
<3 Lalu datanglah api yang berterbangan dangan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal) , berjalan kaki (bagi yang kurang amal) dan berjalan dengan muka yang resah (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
<3 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru hara yang amat dahsyat.
<3 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada ALLAH S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
<3 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga di rasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari akhirat nescaya seluruh bumi akan terbakar,bukit-bukau hancur dan sungai mnjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh mereka sehingga menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun
<3 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat di minum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan di halau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kola mini lebih harum dari kasturi, dan warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai aliran yang mengalir dari syurga.
<3 Semua makhluk berada  bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mndapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
~ Pemimpin yang adil
~ Orang muda yang taat kepada perintah ALLAH
~ Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
~ Dua orang yang bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana
    ALLAH
~ Lelaki yang diajak wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “ Aku takut pada ALLAH “
~ Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi ( tidak di ketahui ramai)
~ Lelaki yang suka bersendirian mengingati ALLAH lalu mengalir air matanya kerana takutkan ALLAH
<3 Oleh kerana tersangat  lama menunggu di padamg mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka mendengar suara “pergilah berjumpa para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali  kumpulan manusia itu berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan ALLAH S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s, (semuanya member sebab seperti Nabi Adam a.s) dan akhirnya mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. Jarak masa anatara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahub perjalanan.
<3 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W k hadrat  ALLAH S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.
<3 Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang  yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelahlah langit, turunlah arasy Tuhan yang di pikul oleh 8 malaikat yang sangat besar(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat  sehingga Arasy itu tiba di bumi.
<3 Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang  tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa yang mudah ia umpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan berjuta malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
<3 Kursi iaitu jisism nurani yang terletak di hadapan Arasy  yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil daripada Arasy umpama cincin di tengah padang . Dalam bahasa yang mudah difahami ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
<3 Seluruh makhluk pun menunduk kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya  tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka di panggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib & Atid/Kiraman Katibin.
<3 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda tersendiri untuk di bezakan.
<3 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammas S.A.W, dan amalan kali di hisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
<3 Apabila tiba giliran seseorang hendak di hisab amalannya, malaikat akan mencabut  kitab mereka lalu  diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri bagi yang bukan mukmin.
<3 Semua makhluk akan dihisab amalannya  menggunakan satu neraca timbangan . Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan daun yang gelap untuk menimbang dosa.
<3 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para imam 4 mazhab untuk mnyaksikan pengikut  masing-masing di hisab.
<3  Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya ridak ditimbang bahkan amalan buruk tetap ditimbang.
<3 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata , kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili ALLAH dengan MAHA BIJAKSANA lagi MAHA ADIL.
<3 Setelah amalan yang ditimbang, mahkamah Mahsyar akan dibuka kepada oaring ramai untuk menuntut hak masing-masing  dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan untuk meniti titian sirat.

<3 Syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat.
              ~ Meringankan penderitaan makhluk di padang mahsyar dengan      mempercepatkan hisab.
              ~ Memasukkan  manusia ke dalam syurga tanpa hisab
             ~  Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah daripada neraka. (semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan ALLAH S.W.T )
<3 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberi izin oleh ALLAH untuk member syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang daripada mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
<3 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat . Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang terbelah tujuh dan ia lebih tajam daripada mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan jalannya dan dimudahkan menyeberanginya.
<3 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15 000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun untuk mndatar dan 5000 tahun untuk menurun. Ada makhluk yang melintasnya seperti kilat,seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka yang sentiasa menarik kaki mereka lalu mereka jatuh ke dalamnya.
<3 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang lalu, hanya 1 orang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka jahanam.
~*~ Renungilah sahabat-sahabat semua... Buat ingatan kita semua untuk selama-lamanya – Rozie Rania-  ~*~