Thursday 29 September 2011

Ya Habibi Ya Muhammad

Ya habibi...
Tiada kekasih setampanmu
Tiada kekasih yang semuliamu
Tiada kekasih yang memberi senyuman bahagia
Dan tiada kekasih yang setulus hatimu

Ya habibi...
Engkaulah kekasih awal dak akhirku
Engkaulah cahaya mengatasi cahaya
Engkaulah matahari kaulah bulan
Engkaulah rahsia hidup mulia
Dan engkaulah obor penyuluh jiwa

Ya habibi...
Wahai kekasihku Muhammad
Wahai pengantin indah sejagat
Wajahmu indah menawan tak pernah ku lihat
Indah bahagia andai dapatku tatap
Hilang segala keluh kesah melanda jiwaku

Ya habibi...
Tatkala selawatmu meniti dibibirku
Pasti mengalir air mataku membasahi pipi
Betapaku rindu pada kasih sayangmu
Betapaku ingin engkau menjadi imam buat kami
Betapaku ingin melihat senyumanmu
Namun...segalanya kehendak ilahi
ALLAH lebih menyayangimu
Semoga kita bertemu di akhirat kelak
Ya habibi ya MUAHAMMAD....

Wednesday 14 September 2011

Ciri-ciri Muslimah Sejati

1.   Baik tingkah lakunya terhadap suaminya, anak anaknya, ibu bapaknya, teman-temannya, tetangganya dan masyarakatnya yaitu:
o    Dengan suaminya bersopan santun dalam segala percakapan dan perbuatannya.
o    Dengan anak-anaknya berbicara dengan bahasa yang baik (tidak suka memaki-maki dan berbahasa kasar).
o    Dengan ibu bapaknya senantiasa bersopan santun dan beradab.
o    Dengan teman-teman, tetangga dan masyarakatnya tidak suka bertengkar dan mencaci-maki serta memfitnah.
2.   Tidak jahat mulut yaitu tidak suka mengadu kepada ibu bapak, teman-teman dan tetangganya mengenai keburukan suaminya.
3.   Banyak sabamya dalam menempuh segala kesusahan dan ujian dari Allah serta dalam mengerjakan perintah-penntah-Nya.
4.  Tidak berhias ketika keluar rumah karena kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.
5.  Tidak cepat berkeluh-kesah dalam menempuh kehidupan.
6.  Tidak memaksa suami untuk memenuhi semua keinginannya.
7.   Memadai (redha) dengan apa saja pemberian suaminya baik itu pemberian itu disukai atau tidak.
8.   Tidak suka banyak berbicara, berbicara hanya yang perlu saja.
9.   Selalu berada di rumah.
10.Selalu berpuasa.
11. Selalu merenungkan keaiban diri.

Friday 9 September 2011

Wahai Imamku.....

wahai imam ku…
aku sentiasa menanti kehadiranmu dalam menerangi ruang hatiku..
aku sentiasa setia menantimu menjadi imam dalam solatku..
andai telah tertulis di luh-mafhuz kau adalah milikku,pasti air mata akan membasahi pipiku tanda kesyukuran ku atas kurniaan ilahi..
sesungguhnya aku telah tercipta dari tulang rusukmu wahai imamku..
namun tidakku ketahui siapakah dirimu wahai imamku..
aku yakin kau pun setia menanti kehadiranku kerana kita telah dijadikan ILAHI bersama-sama..
ya ALLAH,bilakah penantian ku ini akan berakhir…
sekian lama hati ini kekosongan menanti kehadiran insan yang mampu menyerikan hidupkan…
akanku simpan hati ini hanya untuk imam yang ku damba-dambakan..
ya ALLAH,kurniakan aku seorang insan yang beriman dan menerima aku apa adanya…seorang insan yang sentiasa mendambakan kasihMU ya ALLAH…
sesungguhnya ya ALLAH, ku tutupkan hati ini daripada kaum adam yang lain adalah semata-mata kerana menanti hadirnya imamku itu..
ya ALLAH berilah kebahagian kepadaku…
aku tidak akan lupa cintaku jua adalah untukMU dan RasulMU..
akan ku sematkan cintaku kepadaMU dan RasulMU ditempat yang paling tinggi dalam hatiku..
sesungguhnya cinta kepadaMU dan RasulMU adalah cinta yang hakiki dan sejati…..

Thursday 8 September 2011

Ku Ingin Menjadi Penyejuk Mata Dan Penenang Hatimu...

Wahai pemilik tulang rusukku...saat sahabat2 lain sedang asyik di lamun cinta bersama-sama pasangan mereka masing-masing..aku masih kesunyian menanti hadirmu wahai kekasih..akan ku persiapkan diri ini dengan sebaik mungkin untuk menjadi penyejuk hatimu...sesungguhnya aku yakin engkau turut mendoakan ku agar menjadi penyejuk mata untukmu dan kepada bakal anak2 kita kelak...walaupun ku tidak mengetahui bahkan langsung tidak mengenalimu wahai kekasih..tetapi ku yakin kau adalah tercipta untukku,dan aku yakin engkau pun turut setia menanti hadirku untuk melayani dan menemanimu dalam melayari bahtera rumah tangga yang akan datang..namun..sebelum aku menjadi penyejuk mata untukmu,biarlah aku menjadi penyejuk mata buat ayahanda dan bondaku dan yang paling penting penyejuk mata pada pandangan ALLAH dan RasulNYA...aku akan setia menanti hadirnya insan yang telah tercipta untukku sejak di luh-mafhuz...

Monday 5 September 2011

Wahai Imam Pemilik Tulang Rusukku.

Imam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Imam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Imam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku wahai imam pemilik tulang rusukku agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu wahai imamku.

Sunday 4 September 2011

Lelaki Dan Wanita Saling Memerlukan...

kalau difikir..mengapa ALLAH menciptakan Hawa buat Nabi Adam a.s..malah Hawa diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam a.s untuk menjadi peneman baginda di syurga..di sini jelaslah menunjukkan kpd kita bahawa lelaki dan wanita itu saling memerlukan...sesungguhnya ALLAH itu MAHA PENGASIH..DIA menciptakan manusia berpasang-pasangan agar kita tidak merasa bosan menempuhi hari2 yg mendatang......Tercipta wanita dari rusuk lelaki,bukan dari kaki untuk dialasi,bukan dari kepala untuk dijunjung,tapi dekat dibahu untuk dilindung,dekat jua di hati untuk dikasihi..begitulah indahnya ciptaan ILAHI...

Hanya UntukMU YA ALLAH dan RASULULLAH

jangan dirimu risau dgn kehadiran cinta fitrah yang blum pasti lagi..sebaliknya risaulah tentang bagaimana engkau hendak meraih cinta ALLAH dan RASULNYA...sesungguhnya cinta kepada NYA dan RASULNYA merupakan cinta yang abadi dan hakiki...cintu itu merupakan jalan ke syurga..cinta itu cahaya sanubari kurniaan TUHAN fitrah insani...dengan cinta kenal pencipta..dengan cinta kenal saudara..dengan cinta kenal hati budi dan dengan cinta kenal iman dan ISLAM..marilah sama2 kita meraih cinta sejati daripada ALLAH dan RASULNYA...

Ukthi Muslimah.


aku ingin menjadi seperti Siti Khadijah yg sentiasa setia dgn suaminya MUHAMMAD SAW..aku ingin menjadi seperti Fatimah Az Zahrah yg sentiasa menghormati kedua org tuanya..aku ingin menjadi seperti Sumayyah yg sanggup berkorban demi
agama ISLAM yg suci...aku ingin menjadi spt Aisyah yg sentiasa kaya dgn ilmu pengetahuan di dalam dadanya...dan aku ingin menjadi seperti bidadari syurga Ainul Mardhiah yg akn memberi cintanya kpd lelaki yg bergelar syuhada..namun siapalah
aku menjadi seperti mereka..sesungguhnya mereka adalah antara wanita2 terbaik
dalam ISLAM..ya ALLAH,andai kau kurniakan sisa2 sifat drp mereka,itu sudah
memadai bagiku...