Friday 9 September 2011

Wahai Imamku.....

wahai imam ku…
aku sentiasa menanti kehadiranmu dalam menerangi ruang hatiku..
aku sentiasa setia menantimu menjadi imam dalam solatku..
andai telah tertulis di luh-mafhuz kau adalah milikku,pasti air mata akan membasahi pipiku tanda kesyukuran ku atas kurniaan ilahi..
sesungguhnya aku telah tercipta dari tulang rusukmu wahai imamku..
namun tidakku ketahui siapakah dirimu wahai imamku..
aku yakin kau pun setia menanti kehadiranku kerana kita telah dijadikan ILAHI bersama-sama..
ya ALLAH,bilakah penantian ku ini akan berakhir…
sekian lama hati ini kekosongan menanti kehadiran insan yang mampu menyerikan hidupkan…
akanku simpan hati ini hanya untuk imam yang ku damba-dambakan..
ya ALLAH,kurniakan aku seorang insan yang beriman dan menerima aku apa adanya…seorang insan yang sentiasa mendambakan kasihMU ya ALLAH…
sesungguhnya ya ALLAH, ku tutupkan hati ini daripada kaum adam yang lain adalah semata-mata kerana menanti hadirnya imamku itu..
ya ALLAH berilah kebahagian kepadaku…
aku tidak akan lupa cintaku jua adalah untukMU dan RasulMU..
akan ku sematkan cintaku kepadaMU dan RasulMU ditempat yang paling tinggi dalam hatiku..
sesungguhnya cinta kepadaMU dan RasulMU adalah cinta yang hakiki dan sejati…..

No comments:

Post a Comment