Thursday 28 January 2016

ZINA ALAM MAYA



BERZINA DI ALAM MAYA.

Mungkin ada yang terkejut bukan bilamana saya katakan memang ada yang berzina di alam maya. Yelakan, selalunya kita dengar berzina ni hubungan haram antara wanita dan lelaki sehingga ke ranjang. Paling-paling pun terlanjur akan mengandungkan anak luar nikah. Nauzubillahiminzalik..

Jadi bagaimana pula berzina di alam maya? Memang betul-betul ada ke? Ya memang ada. Seperti yang kita sedia maklum, jaringan laman sosial begitu meluas dan tanpa sempadan. Maka akan ramailah kenalan-kenalan kita yang akan bertambah saban hari.

Bila dah terlalu ramai tanpa mengira batas jantina. Maka akan terjadilah bercinta di alam maya ataupun bercinta jarak jauh. Si A ada di selatan, si B ada di utara.

Macam mana pula terjadinya berzina di alam maya ni??? Berzina di alam maya terjadi saat dua pasangan yang bercinta di alam maya akan menjadi semakin taksub dengan pasangan masing-masing.

Mula-mula si lelaki akan memanggil si wanita dengan panggilan manja seperti sayang. Dan seterusnya akan meminta gambar wanita tanpa pakaian. Percaya atau tidak, si lelaki berkemungkinan akan melancap apabila melihat gambar wanita yang tanpa seurat benang pun.

Apabila keinginan seks lelaki semakin tidak keruan, maka mereka akan mula bermesej dengan segala mesej lucah seperti mereka sedang berasmara. Sementara lelaki dan wanita itu akan terus menerus membayangi sedang melakukan seks diantara mereka. Nauzubillahiminzalik.

Ini juga dikategorikan social media sex. Walaupun mereka tidak berjumpa, namun mereka tetap melakukan seks dengan gambaran sedang berasmara dengan pasangan masing-masing sambil menatap gambar ataupun video tanpa seurat benang masing-masing.

Sebab itulah islam sangat tegas bab ikhtilat antara lelaki dan wanita. Sedangkan zina hati lagikan di larang, apatah lagi zina di alam maya ini. Golongan yang sering terdedah dengan perkara yang tidak bermaruah ini adalah golongan remaja.

Maka berhati-hatilah semuanya, jangan mudah percaya dengan seseorang di alam maya. Buruk padahnya. Kepada muslimah pula, berhati-hatilah dengan golongan yang pura-pura alim. Jangan tengok besarnya serban, panjangnya janggut seseorang itu, anda terua terkulai layu dengan bujukan cinta palsu. Ketahuilah, lelaki jenis macam inilah yang banyak bermain dengan zina di alam maya ini. Berhati-hatilah semuanya ya.

- Rozie Ana

SUBHANALLAH.. #TintaHatiMuslimah

Tuesday 26 January 2016

NASIB SEORANG NIQABIS

Maaf ya kalau saya bukak isu niqabis ni. Mungkin dah sering kita lihat mcm2 isu niqabis yang dinyatakan. Tapi disini biarlah saya buka sedikit minda kita agar tidak terpesong daripada anggapan yang sepatutnya.

Sememangnya masyarakat kita ni khususnya golongan yang baru berjinak jadi alim alimah suka menghentam golongan niqabis Malaysia. Maka akan berlakulah perbandingan antara niqabis Malaysia dan luar negara iaitu arab.

"Niqabis kita ni mcm2 fesyen. Tengoklah kat arab, semua hitam"

"Hanya kat Malaysia je niqabis pakai niqab nampak kening dan seumpamanya"

"Mcm mana nak jadi umul mukmin..kalau kita ni terlalu dangkal berniqab tak mcm arab sana"

"Mcm mana muslimah Malaysia ni pakai niqab, tutup sebelah mata acah2 mcm rambut. Fesyen apatah"

Dan bermacam lagi tomahan yang dilontarkan berbaur perbandingan semata-mata. Maka ramailah hati niqabis yang terluka dan berduka.

Bila dah bersedih dan berduka, dikatakannya kita ni susah nak ditegur apa semua. Sensitip dan sebagainya. Padahal sebagai manusia biasa hati mana tidak terasa apabila di perbanding dan di anak tirikan sedemikian rupa. Ya, teguran itu memang baik. Tapi lihat daripada cara teguran tu mcm mana dan mana adabnya. Jangan sebab nak sentapkan hati seseorang kita lupa nilai kemanusiaan dan nilai norma tutur dan adab.

Untuk makluman sekalian, seperti kita sedia maklum. Di tanah arab khusunya, mereka memang terdidik dari kecil untuk berniqab. Dan itu sudah menjadi budaya kehidupan mereka yang sejati.

Macam kita, dari kecil kita dah pakai baju kurung. Dah memang tu budaya kita sejak dari turun temurun. Maka mcm begitu jugaklah tanah arab. Sebab itulah pemakaian niqab mereka begitu baik sebab sudah dari kecil terdidik dan warna hitam itu adalah salah satu adat resam mereka.

Cuba bayangkan kalau sesetengah masyarakat arab mula mengenakan baju kurung. Sudah pasti akan berlaku khilaf juga bagi mereka dalam berbaju kurung bukan? Begitu jugalah berniqab ni



Manakala muslimah Malaysia ni, ada yang baru berjinak-jinak hendak berniqab. Malah ada yang baru beberapa bulan pakai niqab. Tapi kita hentam mereka seperti mereka sudah pakai niqab berpuluh tahun. Rilek la, mereka masih baru dan bertatih lagi. Bagi masa dan ruang buat mereka.

Tentang pemakaian niqab berkaler warna warni itu pulak. Sudah menjadi kebiasaan setempat di negara kita sebab ramai rakyat yang mengenakan pakaian yang berwarna warni selain hitam. Maka sudah menjadi kebiasaan bagi yang memandangnya. Sebab apa, warna warni itu sudah selalu bergerak seiring dengan masyarakat setempat. Selagi ianya tidak terlalu menyerlah dan terang benderang, inshaaALLAH ianya tidak akan menarik perhatian.

Jangan pula kita memandang muslimah Malaysia yang berniqab ni seolah-olah mereka ni pendosa besar. Kita tak tahu apa-apa jangan sewenang wenangnya judge mereka. Muslimah di tanah arab juga mungkin ada khilafnya juga. Kadang-kadang mereka pakai niqab pun mereka tak pakai handsock dan stocking. Ada yang masih pakai tudung pendek lagi. Jadi dalam kekurangan muslimah Malaysia ada kelebihan.

Sekurang-kurangnya mereka berusaha mendidik diri untuk menjadi baik. Maka janganlah sembarangan menghentam mereka. Mereka masih lagi bertatih dalam ilmu berniqab ni. Nak tegur, ya silakanlah. Tapi jaga tutur kata dan adab. Jangan tegur menghina seolah-olah kita ni dah terlalu baik. Bagi lelaki pula, seolah-olah anda rasakan anak bini anda terlalu baik sampai perlu menghina muslimah lain yang baru bertatih ni

Jangan macam tu ya. Kita seharunya memberi sokongan bukannya hinaan. Kita seharusnya memberi dorongan bukannya cemuhan. Memang nak berniqab ni perlu ada ilmu. Tapi nak tunggu kumpul ilmu tu tkt tak kesampaian. Maka apa salahnya dalam mula berniqab boleh perlahan-lahan tuntut ilmu berniqab dalam masa yang sama. Ingat, budaya kita Malaysia jangan disamakan dengan budaya arab sebelah sana. Mereka sudah terdidik dari kecil, tapi kita baru mendidik diri apabila sudah dewasa. Sekurang-kurangnya mereka sedang belajar untuk redha istiqamah dan ikhlas. InshaaALLAH moga redha ALLAH milik kita.

- Rozie Ana

SUBHANALLAH.. 😊 #TintaHatiMuslimah