Follow by Email

Thursday, 28 January 2016

ZINA ALAM MAYA



BERZINA DI ALAM MAYA.

Mungkin ada yang terkejut bukan bilamana saya katakan memang ada yang berzina di alam maya. Yelakan, selalunya kita dengar berzina ni hubungan haram antara wanita dan lelaki sehingga ke ranjang. Paling-paling pun terlanjur akan mengandungkan anak luar nikah. Nauzubillahiminzalik..

Jadi bagaimana pula berzina di alam maya? Memang betul-betul ada ke? Ya memang ada. Seperti yang kita sedia maklum, jaringan laman sosial begitu meluas dan tanpa sempadan. Maka akan ramailah kenalan-kenalan kita yang akan bertambah saban hari.

Bila dah terlalu ramai tanpa mengira batas jantina. Maka akan terjadilah bercinta di alam maya ataupun bercinta jarak jauh. Si A ada di selatan, si B ada di utara.

Macam mana pula terjadinya berzina di alam maya ni??? Berzina di alam maya terjadi saat dua pasangan yang bercinta di alam maya akan menjadi semakin taksub dengan pasangan masing-masing.

Mula-mula si lelaki akan memanggil si wanita dengan panggilan manja seperti sayang. Dan seterusnya akan meminta gambar wanita tanpa pakaian. Percaya atau tidak, si lelaki berkemungkinan akan melancap apabila melihat gambar wanita yang tanpa seurat benang pun.

Apabila keinginan seks lelaki semakin tidak keruan, maka mereka akan mula bermesej dengan segala mesej lucah seperti mereka sedang berasmara. Sementara lelaki dan wanita itu akan terus menerus membayangi sedang melakukan seks diantara mereka. Nauzubillahiminzalik.

Ini juga dikategorikan social media sex. Walaupun mereka tidak berjumpa, namun mereka tetap melakukan seks dengan gambaran sedang berasmara dengan pasangan masing-masing sambil menatap gambar ataupun video tanpa seurat benang masing-masing.

Sebab itulah islam sangat tegas bab ikhtilat antara lelaki dan wanita. Sedangkan zina hati lagikan di larang, apatah lagi zina di alam maya ini. Golongan yang sering terdedah dengan perkara yang tidak bermaruah ini adalah golongan remaja.

Maka berhati-hatilah semuanya, jangan mudah percaya dengan seseorang di alam maya. Buruk padahnya. Kepada muslimah pula, berhati-hatilah dengan golongan yang pura-pura alim. Jangan tengok besarnya serban, panjangnya janggut seseorang itu, anda terua terkulai layu dengan bujukan cinta palsu. Ketahuilah, lelaki jenis macam inilah yang banyak bermain dengan zina di alam maya ini. Berhati-hatilah semuanya ya.

- Rozie Ana

SUBHANALLAH.. #TintaHatiMuslimah

No comments:

Post a Comment