Saturday, 20 July 2013

Muslimah Sejati

Sudah agak lama saya tidak menggerakkan jari jemari untuk menulis sebuah warkah untuk anda semua.. Mungkin de sebab kekangan masa yang bekerja maka dengan itu hasil tinta ini menjadi tergendala.. Kali ini saya ingin membicarakan tentang "kekecewaan" ... Hmm bila di katakan tentang kekecewaan pasti ramai yang mencuba untuk mengelakkannya malah pasti yang pernah melalui nya.. Tapi disini saya ingin embincang tentang kekecewaan seseorang wanita..
Ada yang berpendapat bahawa wanita ini lemah..mudah sangat menjatuhkan air mata dan mudah sangat rapuh.. Tahukah anda sekalian..hati wanita ini halus dan suci..hanya lelaki yang yang sejati sahaja yang boleh menjadi penawar hatinya.. 

ketahuilah jika wanita itu kecewa..sukar baginya untuk merawat hatinya yang kian terluka dengan apa yang terjadi...semakin dia berusaha lupakan seseorang itu..semakin dia mengingatinya...jadi wahai muslimah sekalian..bangkitlah dengan kalimah ALLAH..jangan pernah mengalah dengan apa yang terjadi..yakinlah setiap yang berlaku ini ada hikmahnya..
ALLAH ingin menguji sejauh mana keimanan  kita sebagai wanita...
ingatlah setiap apa yang hilang itu sebenarnya ALLAH ingin menggantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik... LA TAHZAN...


Saturday, 3 November 2012

Gambaran Hari Kiamat

<3 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluru makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas tu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
<3 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini? Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNYA sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal hidup, tidak mati.
<3 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s dihidupkan,seterunya meniut sangkakala untuk kali ke 2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas muka bumi putih seperti padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
<3 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang di sebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
<3 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
<3 Lalu datanglah api yang berterbangan dangan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal) , berjalan kaki (bagi yang kurang amal) dan berjalan dengan muka yang resah (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
<3 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru hara yang amat dahsyat.
<3 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada ALLAH S.W.T. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
<3 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga di rasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari akhirat nescaya seluruh bumi akan terbakar,bukit-bukau hancur dan sungai mnjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh mereka sehingga menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun
<3 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat di minum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan di halau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kola mini lebih harum dari kasturi, dan warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai aliran yang mengalir dari syurga.
<3 Semua makhluk berada  bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mndapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
~ Pemimpin yang adil
~ Orang muda yang taat kepada perintah ALLAH
~ Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
~ Dua orang yang bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana
    ALLAH
~ Lelaki yang diajak wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “ Aku takut pada ALLAH “
~ Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi ( tidak di ketahui ramai)
~ Lelaki yang suka bersendirian mengingati ALLAH lalu mengalir air matanya kerana takutkan ALLAH
<3 Oleh kerana tersangat  lama menunggu di padamg mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka mendengar suara “pergilah berjumpa para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali  kumpulan manusia itu berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan ALLAH S.W.T. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s, (semuanya member sebab seperti Nabi Adam a.s) dan akhirnya mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. Jarak masa anatara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahub perjalanan.
<3 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W k hadrat  ALLAH S.W.T. Lalu diperkenankan doa baginda.
<3 Selepas itu terdengar bunyi pukulan gendang  yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelahlah langit, turunlah arasy Tuhan yang di pikul oleh 8 malaikat yang sangat besar(besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat  sehingga Arasy itu tiba di bumi.
<3 Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang  tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa yang mudah ia umpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan berjuta malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
<3 Kursi iaitu jisism nurani yang terletak di hadapan Arasy  yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil daripada Arasy umpama cincin di tengah padang . Dalam bahasa yang mudah difahami ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
<3 Seluruh makhluk pun menunduk kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya  tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka di panggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib & Atid/Kiraman Katibin.
<3 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda tersendiri untuk di bezakan.
<3 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammas S.A.W, dan amalan kali di hisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
<3 Apabila tiba giliran seseorang hendak di hisab amalannya, malaikat akan mencabut  kitab mereka lalu  diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri bagi yang bukan mukmin.
<3 Semua makhluk akan dihisab amalannya  menggunakan satu neraca timbangan . Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan daun yang gelap untuk menimbang dosa.
<3 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para imam 4 mazhab untuk mnyaksikan pengikut  masing-masing di hisab.
<3  Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya ridak ditimbang bahkan amalan buruk tetap ditimbang.
<3 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata , kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili ALLAH dengan MAHA BIJAKSANA lagi MAHA ADIL.
<3 Setelah amalan yang ditimbang, mahkamah Mahsyar akan dibuka kepada oaring ramai untuk menuntut hak masing-masing  dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkan untuk meniti titian sirat.

<3 Syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat.
              ~ Meringankan penderitaan makhluk di padang mahsyar dengan      mempercepatkan hisab.
              ~ Memasukkan  manusia ke dalam syurga tanpa hisab
             ~  Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah daripada neraka. (semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan ALLAH S.W.T )
<3 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberi izin oleh ALLAH untuk member syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang daripada mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
<3 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat . Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang terbelah tujuh dan ia lebih tajam daripada mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan jalannya dan dimudahkan menyeberanginya.
<3 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15 000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun untuk mndatar dan 5000 tahun untuk menurun. Ada makhluk yang melintasnya seperti kilat,seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka yang sentiasa menarik kaki mereka lalu mereka jatuh ke dalamnya.
<3 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang lalu, hanya 1 orang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka jahanam.
~*~ Renungilah sahabat-sahabat semua... Buat ingatan kita semua untuk selama-lamanya – Rozie Rania-  ~*~
 

Thursday, 25 October 2012

Puisi Buat Sahabatku Anna Rozana

Duhai sahabatku....dikau mulaku ku kenali semenjak di bangku sekolah lagi...kita sentiasa bersama di kata tawa mahupun duka...tegar hatimu menempuhi setiap rintangan yang mendatang...andai aku rebah,dikau datang meniupkan semangat keyakinan buatku dengan serangkai kata berupa nasihat...manis senyumanmu semanis budi pekertimu...putih kemerahan wajahmu sentiasa terserlah saat dirimu melebarkan senyuman...lembut tuturmu mendamaikan hati insani...ya...memang benar hatimu rapuh...rapuh untuk jatuh cinta...namun cinta yang kau genggam begitu sukar untuk dimiliki apatah lagi untuk dicuri...hanya yang sebenar-benar layak yang mampu menyentuh cintamu itu...betapa kuat dirimu menjaga cintamu itu....keperibadian muslimahmu tidak bisa di ganggu gugat...cinta kepada YANG KHALIK tetap kau sisip kemas dalam sanubarimu....cintamu itu umpama pawana yang datang menerpa...begitu indah,damai dan sering memberi ketenangan kepada manusia....andai ribut datang melanda,kau laluinya dengan sebuah doa di sertai dengan linangan air mata yang membasahi pipimu...sebagai tanda keinsafan kepada MAHA PENCIPTA...walaupun dirimu sedang berusaha mencapai puncak tertinggi dalam hidupmu,namun kau tidak pernah lupa menitipkan salam rindu buat sahabat-sahabatmu yang masih meniti mencari arah tujuan hidup yang sebenar...sesungguhnya sebagai sahabat sejati...diriku amat merinduimu...selamat hari lahir ku ucapkan kepadamu...semoga persahabatan kita tetap kekal selamanya...aku ingin menjadi insan pertama yang membuat ucapan hari lahirmu...27 Oktober 1992,maka lahirlah insan teristimewa ini...sering mewarnai hidup sahabat-sahabatnya dengan telatahnya yang mencuit hati...SANAH HELWAH ROZANA... (^_~)










Sunday, 30 September 2012

Ceritera Cinta Dalam Islam



Islam itu indah dan mudah, jadi jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kemudahan itu... Islam juga turut meletakkan garis panduan dalam mencari pasangan hidup... Seorang sahabat saya pernah berkata dengan saya,seseorang yang mencintai dirimu adalah seseorang yang tulus ikhlas menerima dirimu dengan seadanya...SUBHANALLAH..sungguh benar kata-katanya itu dan hampir saja menitis air mata saya menghayati bait2 mesej yang di terima.. Ye...memang benar...jika seseorang itu amat menyayangi dirimuu..dia akan melamar dirimu dan bukannya mengajak sesorang wanita itu bercouple...so..itu bermakna si dia memang bersungguh2 inginkan dirimu sebagai teman sepanjang hayatnya.yang masih single trang tang2 tu...jangan dok risau dengan jodoh kita...jika kita berusaha menggapai cinta ALLAH,nescaya ALLAH akan mengirimkan sebuah cinta terindah buat kita...sesungguhnya ALLAH tidak akan mensia-siakan cinta hambaNYA...janji ALLAH itu pasti...wanita yg baik tercipta untuk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya...sambutlah salam cinta persaudaraan daripada saya...hehe....

Sunday, 4 December 2011

Cinta Fitrah Kurniaan Ilahi

Aku terkedu apabila emak menyatakan bahawa aku perlu mencari cinta..."La masih awal lah bu"...itu yang ku jawabkan kepada ibu..ibu bukan apa..ibu bimbang takut aku jadi anak dara tua je...hehe..memang di akui setiap manusia itu ingin merasa bercinta dan dicintai..ada kalanya aku terpaksa menutup pintu hati ini untuk menerima kunjungan daripada lelaki ni...tapi apakan daya memang itu keperluan fitrah manusia...ALLAH mewujudkan perasaan cinta ini bukan untuk kita melakukan kemaksiatan dan menurut kehendak hawa nafsu..tetapi untuk menyayangi sesama manusia..sememangnya amat payah menanggung perasaan cinta ini..emosi sentiasa kelam kabut andai perasaan cinta ini bercambah dalam diri..semua yang di lakukan menjadi tidak keruan...tetapi itu adalah kurniaan ILAHi...kita harus terima dengan seadanya perasaan itu...walaupun kita bakal berhadapan dengan KEKECEWAAN..tetapi kita harus bangkit untuk memperjuangkan nilai cinta kurniaan ILAHI itu..tetapi awas!! jangan bercinta sampai melupai cinta hakiki daripada ALLAH, melupai kedua-dua ibu bapa kita dan melupai agama kita..cinta yang terbaik adalah cinta yang berteraskan syariat ISLAM....WALLAHUALAM....~<3~

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu

Friday, 4 November 2011

Kehebatan Wanita Beriman

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh

2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali

3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti
menyapu lantai Kaabah di Baitullah

5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt
akan berkatkan rezekinya

6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh
binatang tersebut dengan doa keberkatan

7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang
dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang
mereka dengan pandangan penuh rahmat

8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya
melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad

9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat
pahala 12 tahun solat tanpa henti

10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat
pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh
maka akan mendapat pahala 7 tola perak

11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari
dan beribadat sepanjang malam

12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil

13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan
puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan
beri satu pahala ibadat Haji

14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia
akan dikira mati syahid

15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya
sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis
susu yang diberinya

16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang
menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan
puasa tanpa henti

17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun,
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib
untuknya

18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti
memerdekakan 20 orang hamba

19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika
meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan
mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang
dikehendakinya

20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya;
i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya
ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat
iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari
iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat
daripada permata yaqut